Nasi Lemak Spiderman RM2 Di Kota Baharu Kelantan Jadi Viral Di Laman Sosial
Kisah Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu, Kelantan, menjadi perkongsian viral di laman sosial sejak beberapa hari i...
https://detikbulletin.blogspot.com/2016/03/nasi-lemak-spiderman-rm2-di-kota-baharu.html
Kisah Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu, Kelantan, menjadi perkongsian viral di laman sosial sejak beberapa hari ini.
Mengambil lokasi di beberapa tempat yang menjadi tumpuan di negeri pantai timur itu, ditambah pula dengan pemakaian kostum adiwira berkenaan, tidak hairanlah nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 satu bekas itu mendapat sambutan hebat.
Bukan setakat datang untuk membeli, malah pelanggan juga teruja apabila dapat bergambar dengan watak adiwira terkenal Barat itu.

Portal Berita Harian melaporkan, si peniaga, Zawawi Ghazali, 29, bertindak melaksanakan idea 'gila'nya apabila perniagaannya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.